
PROGRAM & AKTIVITI


Bengkel Pembangunan Kerangka Berpusatkan Komuniti – Fasa 1
Pada 15 Februari 2025, bertempat di Vouk Hotel Suites, Georgetown, Pulau Pinang, bengkel ini dikendalikan oleh pegawai penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi membincangkan pembangunan kerangka berpusatkan komuniti.
IKATAN PERPADUAN turut serta sebagai responden dan membantu mendapatkan peserta. Bengkel ini juga melibatkan Penghulu dari Pejabat Daerah Barat Daya, wakil Komuniti Kawasan Rukun Tetangga, serta beberapa NGO yang menyumbang kepada perbincangan dan pertukaran idea.
Program merangkumi taklimat dan sesi temubual bersama komuniti bagi mengumpulkan maklum balas untuk kajian.


Bengkel Pembangunan Kerangka Berpusatkan Komuniti – Fasa 2
Kesinambungan daripada Fasa 1, Pada 16 Februari 2025, di tempat yang sama Bengkel Fasa 2 telah dikendalikan oleh pegawai penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Muhammad Hafiz Abd Razak dengan fokus utama membincangkan pembangunan kerangka berpusatkan komuniti.
Selain berperanan sebagai responden, IKATAN PERPADUAN menbantu memanjangkan jemputan kepada wakil komuniti setempat. Bengkel ini turut melibatkan Penghulu dari Pejabat Daerah Barat Daya, wakil Komuniti Kawasan Rukun Tetangga, serta beberapa NGO yang aktif dalam pembangunan masyarakat. Kehadiran wakil belia dari Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) turut memperkayakan sesi perbincangan dengan perspektif generasi muda terhadap pembangunan komuniti.
