PERTUBUHAN IKATAN PERPADUAN ANAK PULAU PINANG
Kami merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang komited dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian di kalangan anak-anak Pulau Pinang melalui pelbagai inisiatif dan program demi kesejahteraan serta kemajuan yang holistik.
MATLAMAT
Pertubuhan Ikatan Perpaduan Anak Pulau Pinang (IKATAN PERPADUAN) bertujuan untuk menyatukan dan memperkasa warga Pulau Pinang dalam pelbagai aspek kehidupan melalui perpaduan sosial, peningkatan peluang ekonomi, kecemerlangan pendidikan, kesedaran politik, serta kebajikan yang inklusif, demi mencapai kesejahteraan dan kemajuan holistik bagi seluruh komuniti.


FOKUS
IKATAN PERPADUAN komited dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat Pulau Pinang melalui lima fokus utama yang menjadi asas perjuangan kami:


Ikatan Ekonomi
Meningkatkan peluang ekonomi melalui kerjasama, latihan, dan pembangunan keusahawanan.
Ikatan Pendidikan
Menjamin peluang pendidikan adil melalui sokongan akademik dan serta akses kepada yang memerlukan.
Ikatan Sosial
Platform merapatkan hubungan sosial, membina komuniti harmoni, dan mengukuhkan perpaduan.
Ikatan Politik
Mendorong kesedaran politik dan penglibatan aktif demi kesejahteraan anak Pulau Pinang.
Ikatan Kebajikan
Membantu golongan memerlukan dengan bantuan kebajikan dan sokongan sosial.
